Saturday 10 December 2011

kata nafi

                                                                KATA NAFI
 Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.


Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

kata penguat

                                                KATA PENGUAT
                                           
                                         




1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
PalingAgakSungguhAmat
TerlaluNianBenarPaling
3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

kata kerja

                                                            KATA KERJA
                       
                                                              


Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

kata bilangan

                                                 KATA BILANGAN

                                               



1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
KATA ADJEKTIF [KATA SIFAT]


 




Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

kata arah

                                                         KATA ARAH
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.


KATA PERINTAH

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
contoh
JanganSilatolongHarap
usahjemputMinta
Contoh ayat
1.     Jangan tolak meja itu ke situ.
2.     Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3.     Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.


kata tanya


                                             KATA TANYA
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

KATA HUBUNG
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.


KATA SERU
Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. 
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : 
:di awal kata ( awalan ) 
:di akhir kata ( akhiran ) 
:di awal dan di akhir kata ( apitan ) 
:Sila teliti contoh-contoh imbuhan : 
:di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- 
:di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan 
:di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an.

CONTOH SOALAN UJIAN TAHUN 1 KSSR 2011



         Ujian bulan Mac sudah bermula semalan 8 Mac 2011 hingga 10 Mac 2011 setara seluruh Johor. Berikutan itu saya telah menyediakan 2 set soalan ujian bahasa melayu. Anda boleh download soalan tersebut untuk dijadikan panduan.